Magnificent White Mosque

Kota Sufi

Se-Nusantara

Memartabatkan Keilmuan Sufi

Memperkasakan Ummah Nusantara

Blue gradient circle with transparency

25 - 27

OGOS 2023

MASJID SRI SENDAYAN

NEGERI SEMBILAN

Memartabatkan

Keilmuan Sufi

Memperkasakan

Ummah Nusantara

Anjuran

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan


DENGAN KERJASAMA

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pertubuhan Nahdhatul Ulama’ Malaysia (NA’AM), Pertubuhan G-Tariq, Masjid Sri Sendayan, Akademi Warisan Nusantara (AWAN), Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) Universiti Islam Selangor dan tvsufi.com

Pengenalan

Ajaran dan pengaruh kesufian kepada masyarakat Nusantara khususnya sangat mendarah daging. Hal ini kerana penyebaran Islam di Nusantara hasil dari gerakan dan inisiatif para ulama’ sufi yang terkenal dengan kewalian sejak abad-13 seperti Sayyid Jamaluddin Kubro, Wali Songo, Sharif Ali (Pendakwah dan Sultan Brunei ke-3), Sultan Sharif Muhammad Kebungsuan, Sultan Ke-7 Kesultanan Maguindanao), Sharif al Hasyim (pendakwah dan Sultan-1 Kesultanan Sulu), Syaikh Abdullah al Yamani (pendakwah dan ulama’ yang mengislamkan Maharaja Derbar Raja II yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah I Kedah).

Dalam konteks Malaysia, ulama-ulama’ yang berpengaruh dalam masyarakat dan hingga saat ini memberi kesan sama ada penulisan dan dakwah mereka seperti Tok Pulau Manis, Tokku Paloh, Tok Kenali, Tok Selehor, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Tulis, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Syaikh Mohd Said Linggi,

Paduka Mat Salleh Sabah, Syaikh Muhammad Nor al-Khalidi, Syaikh Husain Kedah al-Banjari dan ramai lagi. Mereka semua adalah ulama’ sufi. Dari segi kitab Turath, karya-karya ulama’ alim lagi sufi seperti Syaikh Abdullah Al-Fathani, Syaikh Ahmad Al-Fathani, Syaikh Wan Ismail Al Fathani (Pak Da’el) sangat berpengaruh dan mereka semua adalah ulama’ sufi.

Kota Sufi

Se-Nusantara

Ajaran Sufi apabila terbangun subur dalam sebuah Negara maka akan teguh Ahlul Sunnah Wal Jamaah, terbangun akhlak-akhlak yang mulia kalangan pemimpin, para penjawat awam, swasta, para usahawan, pendidikan, perubatan, petani, nelayan,masyarakat umum, keluarga dan anak-anak bangsa

Matlamat

Memuzakarahkan ilmu kesufian yang menjadi teras kemajuan, keharmonian dan kestabilan sesebuah negara. Memartabatkan kesufian sebagai wadah pembinaan tauhid yang murni serta akhlak yang mulia dalam penghayatan nilai islam yang penuh indah dan damai

Menyemarakkan tasawuf sufi sebagai teras dalam pembangunan peradaban yang bukan sahaja terhad kepada ruh kepada tarbiyah tetapi ruh kepada segenap aspek lain antaranya kepimpinan, pendidikan, ekonomi, perubatan, kekeluargaan & kebudayaan.

Mendekatkan dan memberi ruang kepada masyarakat umum mengenali lebih dekat para masyaikh sufi dan para mursyid tarekah yang masih hidup. Masyarakat juga didedahkan maklumat dan saluran tarekat-yang benar berdaftar untuk diamalkan di dalam kehidupan

Maqam Ulama'

SYEIKH HAJI MAAROF YAAKOB

Lenggeng, Negeri Sembilan

Beliau berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan mukim yang bersempadan dengan kawasan Ulu Langat. Dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan 1322H di pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga.

SYEIKH SA’ID LINGGI

Seremban, Negeri Sembilan

Syeikh Muhammad Said Bin Syeikh Jamaluddin Linggi Bin Haji Idris Bin Haji Abdul Mukmin Linggi Bin Syeikh Muhammad Nakhoda al Minankabawi merupakan antara 7 Wali Melayu (1875 – 1926)

TUAN GURU HAJI AHMAD MUHAMMAD AL BAQIR Pantai, Negeri Sembilan

Beliau berketurunan kepada pewaris Dato’ Kelana Sungai Ujung. Zaman mudanya dilantik sebagai Dato’ Laksamana dan mendapat didikan agama di Mekah

SYEIKH AHMAD MAJNUN Pengkalan Kempas

Negeri Sembilan

Syeikh seorang pendakwah yang menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi

TUAN TULIS

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Nama Sebenar Tuan Guru Haji Ismail Bin Hussein. Diberi gelar Tuan Tulis oleh sahabat beliau ketika di pondok Tok Ayah Man. Atas ketekunan belian menyalin semua matan kitab yang dipelajari dari Gurunya

Sheikh Haji Maarof Yaakob

Lenggeng, Negeri Sembilan

Beliau dilahirkan pada tanggal 1901 bersamaan lebih kurang tahun 1322H pada hari Selasa pukul 10.00 pagi di sebuah pondok tengah sawah Kampung Sungai Bunga. Awal tahun 1940an, beliau menumpukan masanya berguru sambil bersuluk di surau Syeikh Haji Ahmad bin Mohd Albaqir di Pantai, Seremban dengan gurunya yang merupakan khalifah tarekat Naqsyanbandi kholidiah ke-36 serta murid kepada Syeikh Ali Redha yang bermastautin di Jabal Qubais Mekah

Syeikh Sa'id

Linggi

Seremban, Negeri Sembilan

Nama lengkapnya ialah Syeikh Muhammad Said Bin Syeikh Jamaluddin Linggi Bin Haji Idris Bin Haji Abdul Mukmin Linggi Bin Syeikh Muhammad Nakhoda al Minankabawi merupakan salah seorang dari 7 Wali Melayu (1875 – 1926). Beliau dilahirkan di Mekah dan pada usia 7 tahun, ibunya telah membawa beliau ke Patani lalu mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani sebelum berangkat semula ke Mekah pada tahun 1892 sekitar usianya 17 tahun.

Tuan Tulis

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Nama sebenar beliau Tuan Guru Haji Ismail Bin Hussien dan berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Gelaran Tuan Tulis diberikan oleh guru dan sahabat beliau ketika belajar di pondok Tok Ayah Man. Beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain lalu berusaha menyalin kesemua matan kitab yang dipelajari dan mencatat apa saja isi kuliah yang disampaikan oleh gurunya.

Sheikh Ahmad Majnun

Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan

Syeikh merupakan seorang pendakwah yang pernah menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau seorang ulama yang hidup di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan telah wafat di Pengkalan Kempas, Linggi dikatakan dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi tujuan berdakwah. Berdasarkan inskripsi pada batu bersurat yang terdapat di sisi makam beliau, Syeikh Ahmad Majnun wafat pada tahun 802 H bersamaan 1467 M.

Tuan Guru Haji Ahmad Muhammad Al Baqir

Pantai, Negeri Sembilan

Beliau adalah keturunan akrab kepada pewaris Dato’ Kelana Sungai Ujung. Zaman mudanya dilantik sebagai Dato’ Laksamana dan mendapat didikan agama hingga di Mekah al-Mukarramah dalam usia 20-an. Beliau menerima ijazah khalifah tarekat dari Syeikh Ali Redha yang menetap di Jabal Qubais yang merupakan pewaris ke-35.


Setelah pulang dari Mekah, beliau membuka pusat pengajian di kampungnya dalam mukim Luak Sungai Ujong dan pondoknya menjadi tumpuan ratusan murid yang datang dari pelbagai tempat untuk menimba ilmu agama.


Sumbangan

Kota Sufi

Se-Nusantara

Bersatu menjayakan program Kota Se-Nusantara kearah Memartabatkan Keilmuan Sufi dan Memperkasakan Ummah Nusantara. Sebarang Sumbangan amat di alu-alukan melalui pautan dibawah

Hubungi

Sekretariat

Ustaz Angah Sunan

+60 179260714


Ustaz Syaiful Nizam

+60 185771443


Ustaz Andak Hashim

+60 197958387


Facebook
Instagram Outline Logo
Flat Fill Twitter Icon
Tik Tok Icon

www.kotasufi.com